Mana ? Part 2

So jom sambung cerita tadi since I cannot sleep. Kan dah cakap blog ni aku tulis bila tengah stress gila.
So lepas sampai hospital lain tu aku kena masuk emergency ward lagi and kena warded. Aku kat hospital tu 5 hari kot tak silap. Macam-macam test lah doctor buat blood test takyah cakap lah sampai tangan tak jumpa urat dah nak amek , pastu x-ray lagi , pastu kena gastric. The scariest moment was time tu nurse buat check up pagi kul 6 am tak silap dia nak check heart rate and bp aku .bayangkan heart beat aku 55 je per min nurse cuak gila dia check banyak kali dia cakap awak okay tak aku jawab lah susah nak nafas maybe effect gastric sebab makan steroids banyak. Then days goes by aku dah balik rumah. Time tu aku macam ada semangat balik nak terus kan stpm aku ni aku cakap kau boleh buat semua ni percaya kat Allah je. Punya semangat punya semangat suddenly hari gelap tiba balik lol. Aku down balik sebab aku banyak kali skips kelas sebab aku tak tahan pening semua. Cikgu pon macam marah kat aku sebab salu tak datang. Aku sedih kenapa takde orang trust kat aku sampai ada satu kelas ni cikgu tanya kenapa awak semua boleh gatal test tadi sila tulis dalam kertas dan pass kat saya lepas ni . Aku tulis "hilang motivasi". Cikgu pon baca dengan kuat dan aku diam lah sebab tu aku yang tulis. Kawan -kawan aku semua dalam class tu cakap siapa yang tulis ni sambil gelak. Aku nak nangis time tu nasib baik cikgu tak mention. Sedih weh tapi aku pegang kat kata-kata ni Setiap yang sakit akan rasa kemanisan bukan? . Hari demi hari berlalu setiap hari aku cakap kat diri aku. Kau kena kuat jangan lemah sometimes kalau dah lemah sangat tu amek wuduk ,baca al-quran. 
Next , cerita pasal kawan pulak. Susah nak trust people these days. Ada yang baik sebab kita ada something tapi bila kita dah takde something tu dorang bla. Ada yang fake , ads yang tersalah trust. Tapi alhamdulilah aku ada sorang kawan ni yang dia even busy sekali pon dia sanggup dengar cerita aku ni ,may Allah bless u dear friend. 
Diam 
Diam 
Diam 
So ada hari aku happy ada hari aku sedih gila.
Sedih lagi dengar kata-kata ni "kalau awak macam ni salu sakit nanti awak masuk degree tu pon kalau awak dapat rezeki awak rasa ada ke orang/kawan yang nak tolong awak kalau awak skip kelas ?" Time tu hati aku remuk gila sebab keluar daripada mulut orang yang ajar aku pastu dia cakap depan kelas. Hati aku kecai time tu aku senyum gelak response kat apa yang dia cakap tu sebab aku hormat dia. Balik rumah aku nangis kat dalam toilet tu pon bukak air kuat - kuat taknak mak aku dengar. Nak cerita kat dia nanti aku rasa macam aku ni menyusahkan kan lagi baik nangis sorang jelah lebih baik . Aku pon WhatsApp kawan aku yang memang pendengar setia cerita sedih aku ni haha. Dia cakap aku kuat aku boleh buat semua ni jangan sedih ingat Allah . 
Lepas haritu berlalu ada lagi incident yang berlaku kat hidup aku paling besar lah aku rasa aku tak cerita pon benda ni kat parents aku sebab aku tak nak dorang risau sekali lagi.
Incident tu berlaku time aku ada tournament bola jaring kat satu sekolah ni . Kitaorang satu team gerak ke sana dalam pukul 630 pagi. Time tu gelap nak masuk simpang tapi kitaorang lambat tak perasan ada kereta ke tak kitaorang redah je sekali , kawan aku jerit cakap "loriiiiiiiiiii berhenti Allahu Akbar" .bunyi kuat pammmmm kat kereta, aku time tu rasa macam kat dalam movie nak percaya ke tak kepala aku terbangun kat cermin kereta belakang since aku duk belakang , suddenly semua benda macam dalam keadaan slow motion, aku bukak mata slow slow takot ada cedera ke apa tapi memang nasib kitaorang baik haritu takde siapa injured ke apa. 
Sampai sini jelah nak tido kalau rajin aku sambung lah lagi (lol ada ke orang nak baca) takpe aku buat ni macam journal aku lah. 
Goodnight, asalamualaikum🌸🌼🌸🌼

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.